21 Januari, 2011

NASIHAT UNTUK ANAKKU (2)- Ayat Al Kursiy

Ayat Kursiy

Firman ALLAH pada Surah Al-Baqarah Ayat 255:
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Transliterasi Firman (Ubah-tulis dari Arab – Romawi):
Allāhu Lā 'Ilāha 'Illā Huwa Al-Ĥayyu Al-Qayyūmu Lā Ta'khudhuhu Sinatun Wa Lā Nawmun Lahu Mā Fī As-Samāwāti Wa Mā Fī Al-'Arđi Man Dhā Al-Ladhī Yashfa`u `Indahu 'Illā Bi'idhnihi Ya`lamu Mā Bayna 'Aydīhim Wa Mā Khalfahum Wa Lā Yuĥīţūna Bishay'in Min `Ilmihi 'Illā Bimā Shā'a Wasi`a Kursīyuhu As-Samāwāti Wa Al-'Arđa Wa Lā Ya'ūduhu Ĥifžuhumā Wa Huwa Al-`Alīyu Al-`Ažīmu

Terjemahan Firman (Per-Kata):
"ALLAAHU, Tiada Yang Hak Melainkaan DIA! AL-HAY-YU-UL-QAY-YUUM! Tiada menimpa-DIA rasa letih-letih dan tiada juga tidur-tidur. Segala Milik-NYA apa yang di Semesta Langit dan apa yang di Seluruh Bumi. Dari siapakah yang empunya Syafa’at di sisi-NYA melainkaan dengan izin-NYA. Yang berilmu pengetahuan mengenai segala apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka? Dan tiada yang terlepas pada sesuatu apa pun dari Ilmu-NYA melainkan dengan apa Mahu-NYA! Dan diliputi oleh Kursiy-NYA Segala Yang di Langit dan Seluruh Yang di Bumi. Dan tiadalah berat pada-NYA untuk Menjaga kedua mereka. Dan DIA AL-'ALIYY-UL-'ADZIIM." (Ayat-ul-Kursiy, QS.2:255)


Ta’arifan Saraf (Definisi Sebutan):
"AL-HAY-YU الْحَيُّ ” – Yang Maha Hidup (Hayat) Terus Kekal. Dari perkataan Arab Kuno “Hayya حَيَّ” yang maksudnya Hayat/Hidup.
“AL-QAY-YUUM الْقَيُّومُ ” – Yang Maha Membangkitkan Semula Makhluk. Asas perkataan ialah “Aqimu أَقِمِ” yang maksudnya ialah Berdiri/Bangkit/Bangun. Hari Qiyamat ialah Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangkitkan di hadapan ALLAH untuk pengadilan.
"AL-HAY-YU-UL-QAY-YUUM": Maha Kekal Hidup Sendiri di Atas Segala Makhluk Yang Di-Hidupkan-Nya (dari tiada) dan Yang Di-Bangkitkan-Nya Semula (dari mati).
"Kursīyuhu": Kursiy-Nya: Takhta Kekuasaan Pemerintahan-NYA.
“AL-'ALIYY-UL-'ADZIIM الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ”: Yang Maha Tinggi di Atas Segala Yang Agung.
Tulisan Arab Kuno berdasarkan Saraf Sebutan dan Tulisan Arab Moden berdasarkan Tatabahasa memang berbeza. Misalnya sebutan-sebutan berikut yang aku petik dari Tulisan Arab Kuno pada Al-Qur’an dan Azan:-
الصَّلَوَاتِ – Sebutan Saraf ialah “As-Salawaati”, diterjemahkan secara Kuno sebagai “sebutan-sebutan kepada”. Tetapi diterjemahkan secara Moden sebagai “sembahyang”?
يُصَلُّونَ – Sebutan Saraf ialah “Yuşallūna”, diterjemahkan secara Kuno sebagai “semuanya menyebut-nyebut mendoakan”. Tetapi diterjemahkan secara Moden sebagai “bersalawat”?
الصَّلَاةَ dan صَلَاةِ – Sebutan Saraf ialah “As-Salaata” dan “Salaati”, diterjemahkan secara Kuno dan Moden sebagai “sembahyang”.
حي على الصلاة – Sebutan Saraf dari warisan vokal Azan ialah “Hayya ‘ala As-Salaaaaaah”, ditulis sebagai “Hayya ‘ala As-Salat”, diterjemahkan secara Kuno sebagai “hidup ke atas As-Salaaaaaah”. Tetapi diterjemahkan secara Moden sebagai “marilah mengerjakan salat”?
حي على الفلاح – Sebutan Saraf dari warisan vokal Azan ialah “Hayya ‘ala Al-Falaaaaaah”, diterjemahkan secara Kuno sebagai “hidup ke atas Al-Falaaaaaah”. Tetapi diterjemahkan secara Moden sebagai “marilah menuju kejayaan”?

12 Januari, 2011

APCO - Sedikit Penjelasan

Apa yang anda tahu tentang APCO? Ramai yang ingin tahu, apa itu APCO, benarkah ia agensi Yahudi dan mengapa UMNO melantik agensi Yahudi berkenaan sebagai penasihatnya?
Tahukah kita bahawa, sebenarnya penglibatan APCO dalam merancanakan dasar negara telah bermula sejak September tahun 2009. Namun ia menjadi heboh sehari dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.
Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:
i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.
ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi.
iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar yang pernah berkhidmat dengan Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London. APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai puluhan juta ringgit antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.
vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.
viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.
ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.
x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.
Sumber bahan ;- internet & pakcik google :)
Wallahua’lam

APCO - Zulkifli Nordin cuba berbohong

Dr Zulkifli Nordin dalam artikel terbaru beliau cuba menafikan kewujudan APCO. Tujuan beliau adalah menafikan wujudnya sebuah syarikat milik Yahudi yang menjadi syarikat rujukan (consultant) kepada Najib Tun Razak dan UMNO.


Beliau menulis:
Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital. Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden kalau tak silap) menggunakan sistem monolog.


Di bawah, Tulang Besi ingin menunjukkan betapa PENDUSTA nya Zul Nordin ini. Sememangnya, Zul Nordin adalah seorang PENDUSTA kelas SATU dan tak heranlah dia dipecat dari PAS. Juga, tak hairanlah arwah Ustaz Fadzil benci sangat dengan manusia bernama Zul Nordin ni.

MALAYSIAWAVES ADALAH BLOG PERTAMA MENDEDAHKAN DOKUMEN APCO-UMNO

Sumber Malaysiawaves adalah laman web rasmi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Di bawah Tulang Besi bawa sekali lagi dokumen2 rasmi APCO dan UMNO. SAYA CABAR ZUL NORDIN MENCABAR KEWUJUDAN DOKUMEN-DOKUMEN DI BAWAH. (SILA KLIK ==>)



















Soal APCO - Benarkah kerajaan tidak pernah berbohong?

Akuan bersumpah Robert M.Shrum yang menafikan sekeras-kerasnya penglibatan APCO dalam penjenamaan 1 Malaysia, media pantas menjatuhkan hukuman bersalah khususnya kepada Anwar Ibrahim yang telah membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat.

Manakala pimpinan negara bermula dengan PM, TPM dan yang seangkatan dengannya serta para pemimpin jaguh kampung (termasuk para pencacai UMNO tegal) saling saing menyaingi di antara satu sama lain mengulas isu berkenaan bagi membuktikan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat. Pemimpin UMNO/BN sentiasa beramanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Pemimpin Negara tidak akan sesekali cuba  menggadaikan maruah negara.

Tidak mengapa, anggaplah apa yang dikatakan itu adalah benar, tiada satu pun yang salah melainkan benar-benar belaka. APCO tidak langsung terlibat dengan idea 1 Malaysia sebab PM pun sendiri, (walaupun agak terlewat) menjelaskan 1 Malaysia adalah ideanya sendiri.



Debat terbuka di antara DS Anwar/DS Najib seperti mana yang diperkatakan sekarang paling sesuai diadakan pada masa ini.  Inilah peluang terbuka bagi kepimpinan DS Najib untuk 'menghancurkan' Pakatan Rakyat.  Debat tersebut hendaklah adakan secara terbuka dan disiarkan secara langsung untuk rakyat dapat menonton dan menilai hujah-hujah serta fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.  Inilah masa yang amat sesuai bagi DS Najib memalukan DS Anwar dan kepimpinan PR yang lain. Tetapi malangnya 'trend' kepimpinan UMNO-BN yang ada di bumi Malaysia setakat ini seumpama 'jaguh kampung' sahaja. Medan bersuara mereka hanyalah sehala, sebelah pihak di stesen televisyen RTM dan Media Prima, media-media cetak seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan di tempat-tempat merekalah 'raja'.
Sepatutnya kepimpinan UMNO terutama DS Najib tidak perlu merasa takut untuk berhadapan secara terbuka dengan Pakatan Rakyat. Rakyat pasti akan bersimpati kepada DS Najib/BN apabila melihat kerajaan yang ada kini ternyata telah difitnah. Pastinya pada PRU13 akan datang Pakatan Rakyat akan 'ditibai sehingga lunyai' oleh rakyat terbanyak.


Apa isu sebenarnya?

Satu persoalan sahaja yang ingin ditimbulkan, mengapa kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 77 juta untuk membayar konsortium APCO yang mempunyai hubungan secara langsung dengan regim Israel? Konsortium ini dipertanggungjawabkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi bagi membentuk imej pentadbiran PM.


DS Anwar dalam satu kenyataannya berkata isu ini merupakan bukti hipokritnya Umno/BN yang melabelkan dirinya sebagai agen Yahudi. Pada masa yang sama UMNO-BN tidak pula merasa bersalah apabila melantik agensi ini (APCO) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi bagi kepentingan dan kesinambungan politik mereka semata-mata.

Apakah memang benar Pakatan Rakyat sengaja mencari jalan untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO-BN dengan meledakkan isu-isu seperti ini semata-mata untuk meraih populariti? Bak kata pepatah Melayu... pokok takkan bergoyang kalau tiada angin?

Mungkin bukti-bukti ini boleh membantu anda mendapatkan jawapannya... 

NASIHAT UNTUK ANAKKU (1)

DOAKU UNTUK KELUARGAKU (Daripada Seorang Bapa)
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagiMu ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini,
Solawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad SAW.


Ya Allah yang maha berkuasa,
Engkaulah Tuhan kami Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang lain yang wajib disembah selain Engkau,
Hanya kepadaMulah tempat kami berserah dan hanya kepadaMulah tempat kami memohon pertolongan,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah menjadikan diri kami sebagai salah seorang makhlukMu, menjadikan kami sebagai salah seorang hambaMu di dunia ini,
Kami amat bersyukur kepadaMu ya Allah kerana Engkau telah memberikan peluang kepada kami menghuni dunia ciptaanMu yang fana ini,


Ya Allah yang maha agung,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan kami rezeki yang halal,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan kami makan dan minum,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan kami pakaian buat menutupi tubuh-tubuh kami serta memberikan kami tempat untuk kami berlindung daripada hujan dan panas,


Ya Allahu ya Robbi,
Aku amat bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan aku rezeki yang amat besar nilainya di dunia ini dan insyaallah di Akhirat jua;  iaitu seorang isteri dan anak-anak yang ramai.


Oleh itu ya Allah.......Aku mohon kepadaMu,
Limpahilah rahmat buat kami sekeluarga, 
Sayangilah kami dan muliakanlah diriku dan isteriku dan anak-anakku ini,
Kau berikan petunjuk kepada kami semua dalam menggapai rona hidup,
Kau berikanlah hidayah dan inayah sebagai ihsanMu kepada kami untuk memudahkan kami mendapat keredhaanMu.


Ya Allah yang Azzi,
Aku mohon kepadaMu,
Berkatilah segala usaha kami dalam meneruskan hidup dan dalam melayari bahtera di lautan kehidupan yang sentiasa bergelora ini. 
Limpahkanlah rezeki yang halal untuk kami sekeluarga, 
Sihatkanlah tubuh badan kami untuk memudahkan kami beribadat kepadaMu, 
Jauhkanlah kami daripada para pemfitnah dan daripada orang-orang yang hasad dengki serta iri hati kepada kami, 
Hindarkanlah kami daripada sebarang bentuk penganiayaan, penghinaan dan penipuan. 
Elakkan kami daripada melupai segala apa yang dipertanggungjawabkan kepada kami. 


Ya Allah Azza Wa Jalla,
Permudahkanlah bagi anak-anakku yang sedang belajar, mencari, menimba dan menerima ilmu yang dipelajarinya agar  mereka sentiasa memperolehi keputusan yang cemerlang,
Permudahkanlah bagi diriku, isteriku dan anak-anakku dalam mengerjakan solat serta lain-lain ibadah dan setiasa mengingatiMu setiap masa, 
Suburkanlah benih-benih keimanan di dalam dada-dada kami dengan rasa penuh keinsafan, kasih sayang serta sentiasa taqwa kepadaMu, 
Makbulkanlah segala hajat dan harapan serta doa dan cita-cita murni kami sekeluarga, 
Jadikanlah diriku dan isteriku serta anak-anakku ini sebagai salah seorang daripada hamba-hambaMu yang soleh dan solehah.
Tempatkanlah kami semua bersama hamba-hambaMu yang beriman dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka.
Amin ya robbal `a lamiiin.



Nasihat untuk anak-anakku


Wahai sekalian anak-anakku. 


Hormatilah kedua ibubapa kamu sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi besar kita Muhammad SAW. 

Dengarkanlah segala nasihat yang berguna yang keluar daripada mulut ibu bapamu.

Hormatilah juga guru2mu serta orang2 yang lebih tua daripada kamu.

Janganlah kamu menganiayai kaum wanita, kanak2 dan anak2 yatim kerana mereka adalah insan yang lemah yang perlu kamu lindungi.


Anak-anakku. 


Ikutilah segala nasihat yang lahir daripada dari mulut ayahmu ini.
Dampingilah orang-orang yang alim di antara kamu. 
Mintalah segala nasihat dan petunjuk daripada alim ulamak dan orang-orang yang berilmu.  
Hayatilah segala nasihat dan tunjuk ajar yang disemai oleh para gurumu semenjak dahulu hingga kini. 
Perhatikanlah segala nasihat yang diberikan oleh sanak saudaramu, sahabat karib dan handai taulanmu.  Selamilah segala nasihat berguna yang kamu perolehi untuk dijadikan panduan dan ikutan, contoh dan tauladan dalam menempuh hidup yang penuh onak dan duri ini. 
Sesuai dengan kata-kata orang tua; perkara yang baik jadikan tauladan, perkara yang buruk dijadikan sempadan.


Hidup umpama belayar dilautan, jika kita tidak ada halatuju, kita akan lebih mudah terumbang ambing dan hanyut ikut arus lautan dan ombak dan kemungkinan akan terdampar ke pulau yg kita tidak ingini. Akan tetapi jika kita punya hala tuju dan sentiasa "perhatikan" adakah kita dijalan yg betul dan benar (Ihdinassiro tolmustakiiim) maka kita akan lebih bersedia dengan ombak, arus dan badai yg menentang, akan tetapi percayalah, jika niat hidup kerana Allah tuhan sekalian alam (wamahyaya lillahirabbil alamin), kita akan dapati hidup adalah satu pelayaran yg mudah dan indah, badai yg sesekali melanda hanya akan dihadapi dengan senyuman kerana kita tahu Allah hanya menduga atau mehu kit mengikut jalan lain menuju kedestinasi yg kita ingini. Jika niat hidup kerana harta wang, pangkat dan kuasa maka jalannya amat sukar dan bersiap sedialah hidup dengan penuh onak dan ranjau.





سَل بَنى إِسرٰءيلَ كَم ءاتَينٰهُم مِن ءايَةٍ بَيِّنَةٍ ۗ وَمَن يُبَدِّل نِعمَةَ اللَّهِ مِن بَعدِ ما جاءَتهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ ﴿﴾٢١١

زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا الحَيوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءامَنوا ۘ وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ ﴿
﴾٢١٢


Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

 [al-baqarah, 2:211-212]



  1. "KAMI telah mejadikan sebahagian besar Jin dan Manusia itu menjadi bahan bakar Neraka Jahanam, sebab mereka mempunyai HATI tetapi tidak gunakannya untuk mendapatkan pengertian, mempunyai MATA tetapi tidak digunakan untuk memeriksa dan mempunyai TELINGA tetapi tidak digunakan untuk mendengar. Mereka seperti binatang sahaja bahkan lebih sesat lagi.  Mereka itu pulalah orang-orang yang lalai.   (SURAH AL-A`ARAF: Ayat 179)
  2. To improve is to change, to be perfect is to change often ~ Winston Churchill. 
  3. "WAHAI anak kesayanganku, dirikanlah SEMBAHYANG, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".                       (SURAH LUQMAN: Ayat 17)
  4. You win not by chance but by preparation. ~ Kejayaan bukan kebetulan tetapi melalui perancangan dan persiapan yang dilakukan.
  5. MANUSIA tidak dapat mencapai peringkat kehambaan sebenar sehingga mereka mempunyai dua ciri: Pertama: Tidak bergantung harap pada orang lain ataupun pada apa yang ada pada orang lain.   Kedua:  Tidak ambil peduli dengan apa yang orang lain ada, iaitu tidak keluh kesah melihat kelebihan (material) orang lain. 
  6. Nothing is impossible to a willing heart. ~ Tiada yang mustahil bagi yang bersedia. 
  7. JIKA matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah~ LAO TZU 604-531SM. 
  8. Do what you can, with what you have, right where you are. 
  9. Carilah nasihat daripada orang yang memberitahu anda akan kebenaran tentang diri anda, walaupun ia melukakan ketika anda mendengarnya.  Pujian semata-mata tidak akan membawa kemajuan yang anda perlukan.
  10. Don't find fault, find a remedy. ~ Jangan menyalahkan sesiapa tetapi carilah penyelesaian. 
  11. "Adakah kamu menyuruh orang lain berbuat baik dan kamu lupa dirimu sendiri."     (SURAH AL-BAQARAH: Ayat 44) 
  12. "Tidak ada pemberian yang lebih utama daripada seorang bapa kepada anaknya kecuali pengajaran adab sopan yang baik". ~ MAKSUD HADIS.
  13. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dam kesengsaraan, serta digoncangkan (bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al-Baqarah: 214 )

    Persoalannya, adakah kita sudah merasainya? Adakah kita telah sampai ke tahap dicemuh dan dicaci? Atau diberikan ugutan-ugutan bunuh? Kita masih selamat dan diberikan ruangan yang sebaiknya untuk berdakwah. Malangnya, kita telah mensia-siakannya. Bahkan, apa yang menjadi kekhuatiran kita, segala kesenangan kita ini adalah disebabkan kita takut untuk menyatakan kebenaran dan hanya mengharapkan kata baik dari orang lain dan tidak berkata yang benar. 
    Kita berada di dalam bahaya jika itu benar. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;                                                                                                        
       "Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang
lain dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)