17 Jun, 2011

KARTUN MENGHINA ISLAM OLEH UTUSAN MALAYSIA

'Tubuh panel pengawasan elak media hina Islam'


Jun 18, 11 10:24am
PAS menyarankan penubuhan panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media perdana supaya tidak bercanggah dengan agama Islam.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cadangan itu dibuat untuk memastikan insiden penghinaan terhadap agama Islam tidak berulang berikutan insiden penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Rabu lalu.

NONE“Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.” 

NONELakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat turut menyelarUtusan dengan menyifatkan akhbar milik Umno itu sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.
Minta maaf

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

azlanBagi Tuan Ibrahim, beliau menyifatkan pelbagai penulisan yang tidak membantu perpaduan kaum, keharmonian masyarakat dan pengukuhan akidah yang berlaku dengan berleluasa sejak muktahir ini seolah-olah menggambarkan bahawa sudah tiada langsung kawalan kepada etika dan tanggungjawab sosial terhadap pemberitaan.

“Dengan adanya lembaga pengawasan syariah ini, diharap dapat membina media lebih bertanggungjawab kerana kesan penyebaran media perdana mempunyai kesan langsung kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menasihatkan pelukis karikatur dan editor Utusan yang menyiarkan karikatur berkenaan supaya meminta maaf.

NONE“Kesilapan mereka boleh dianggap sebagai satu penghinaan besar kepada hukum syarak dan juga telah mengelirukan orang ramai mengenai ajaran Islam yang sebenar dalam isu rogol,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan dalam memorandum bantahannya memberikan tempoh tujuh hari bermula dari tarikh karikatur berkenaan disiarkan kepada Utusan agar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.
Dipetik dari MALAYSIAKINI

25 Mac, 2011

PELAKON VCD BUKAN ANWAR - Chegubard

Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard


KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin ‘pelakon’ dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN.

“Dari pemerhatian saya, video itu kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem berkenaan bukan Anwar.


“Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat ‘perwatakan’ atau gerak geri Anwar pasti tahu, itu bukan Anwar.

Beliau mengumpamakan hal itu dengan keberkesanan Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang-kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.

“Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya,” katanya pada kenyataan media, hari ini, dan menganggap politik kotor dan jijik itu harus dikecam rakyat yang kian bosan dengan politik ‘selak kain’.

Macam James Bond
Badrul yang dikenali sebagai Chegubard juga percaya kumpulan Datuk T mendapat perlindungan istimewa kerana modus operadi ketika membawanya menonton video itu umpama filem James Bond.

“Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond.

“Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi,” katanya.

Badrul berkata, beliau menerima pelawaan menonton video itu selepas menerima panggilan pada 21 Mac lalu dan seorang rakannya dari Umno menyertainya dan mereka diarah menunggu depan Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.45 malam sebelum dihubungi Datuk T.

Badrul kemudian diminta meletak kereta di pakir IJN dan dijemput jam 8 malam manakala beberapa kenderaan ketika itu dilihat berpusing beberapa kali memerhatikan mereka, Mereka kemudian dibawa ke Hotel Shangrila.

Sebelum dibawa ke bilik menonton, beliau berkata, badan mereka diperiksa dan diminta meninggalkan telefon bimbit sebelum Datuk T memperkenalkan diri bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Suleiman.

Rahim Tamby Chik menipu
Mengikut kenyataan media itu, Badrul berkata, beliau mendapati kenyataan media Rahim Tamby Chik berbeza dengan pengalamannya ketika bertemu bekas Ketua Menteri Melaka itu dan Datuk Eskay Abdullah.

“Rahim Tamby Chik menipu kerana dalam sidang media semalam, dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya, dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

“Kami dimaklumkan, Rahim Tamby Chik baru menonton video itu. Ini berbeza sekali dengan kenyataannya pada 23 Mac sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T.

“Ketika menonton bersama, Rahim Tamby Chik beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah-olah inilah kali pertama menonton,” katanya.

Badrul berkata, identiti sebenar Datuk T juga diragui kerana Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T, malah Rahim juga memanggilnya dengan panggilan sama kecuali tersasul dua kali dengan memanggil Eskay.

Salinan video kepada Wan Azizah
Pada kenyataan itu, Badrul berkata, beliau dipanggil diminta menyerahkan salinan video itu kepada Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail

“Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu kepada Wan Azizah. Bagaimanapun, ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah.

“Untuk mendapat video itu, saya berpura-pura bersetuju mengenai apa yang diberitahu mengenai video itu,” katanya.

Namun, Badrul yang meninggal hotel berkenaan kira-kira jam 10 malam, turut mendapati mereka tidak bersungguh-sungguh mahu Wan Azizah menerima salinan video itu.


Keadilandaily

TIRU TEKNIK CHE DET

Najib ikut budaya Mahathir

Saifuddin : Mahathir Dan Najib Perlu Bertanggungjawab 



PETALING JAYA 25 MAC : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menggesa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut serta memikul tanggungjawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes fitnah video lucah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Saifuddin, kedua-dua tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada individu-individu yang sanggup menjadi alat kepada Umno untuk mengekalkan kekuasaan.

"Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk
terus berkuasa.

"Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno,
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Saifuddin mengimbau kembali konspirasi 1998 yang dikepalai oleh Mahathir menunjukkan individu terlibat menjatuhkan Anwar, mendapat ganjaran besar.

Beliau memberi contoh kenaikan pangkat luar biasa Pegawai penyiasat kes fitnah pertama, Tan Sri Musa Hassan sehingga menjadi Ketua Polis Negara serta

Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Abdul Ghani Patail yang menjadi Peguam Negara selain beberapa hakim yang terlibat dalam menjayakan dan memporak-perandakan
sistem kehakiman Malaysia.

"Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan."

"Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka
juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

"Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau.

Saifuddin yakin Najib kini menggunakan taktik sama seperti Mahathir selepas tuduhan rekayasa Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan serta 'kemunculan semula' Ummi Hafilda.

Beliau memberi contoh betapa pengakuan terbuka seorang ahli perniagaan, Baginda Minda oleh yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

"Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga
akan dilindungi.

"Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia," kata beliau.

Negara pada Isnin lalu dikejutkan dengan tayangan video lucah secara terbuka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dalang kepada siri tayangan video lucah itu walau bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan meskipun perbuatan mereka menyalahi Seksyen 292 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana menayang bahan lucah kepada awam.

Mereka juga hanya disoal siasat selama 5 jam berbanding tempoh 10 jam yang diperuntukkan untuk soal siasat ke atas pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock yang akhirnya membawa kematian kepada mendiang.

Projek Baru.....!

Video lucah adalah projek "Orang Nombor Satu" negara

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid




















KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Shazryl Eskay dilaporkan memohon khidmat empat anggota Unit Tindakan Khas beberapa hari sebelum beliau menayangkan sebuah video seks untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Pengawal Peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Mohamad Mahti Abdul Rahim, berkata Eskay memintanya mendapatkan khidmat anggota UTK itu untuk sebuah projek yang dipersetujui oleh “orang nombor satu’ negara.
Mahti berkata beliau telah turut dibawa berjumpa dengan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim namun akhir mengambil keputusan tidak mahu terbabit dalam sebarang perancangan mereka.
Eskay, Shuaib dan mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik menggelar diri Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video lucah berkenaan.
"Pada malam itu, beliau membawa saya ke rumah (Shuaib)untuk bertemu, dan pada ketika itu, beliau memberitahu saya, dia lakukan semua ini kerana NO 1,” kata Mahti.
“Saya tidak mahu campur, saya tidak mahu mengetahui lebih lanjut (jadi)saya terus pulang," tambah beliau.
Mahti mendedahkan pada 8 Mac, Eskay, seorang ahli perniagaan dari Kedah, turut memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan hadir memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta.
“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur petang tadi.
Eskay berkongsi kemarahannya itu dengan Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu.
Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.
"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti.
"Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia" katanya.
Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.
Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.
Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.
Shazryl sebelum ini memfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.
Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

RARE EARTH DI MALAYSIA

Malaysiakini melaporkan:  

Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah. - Malaysiakini.
Sungguh-sungguh Maximus Ongkili nak yakinkan rakyat yang loji tu tak bahaya. Siap bagitahu takrif berdasarkan piawai IAEA lagi. 
Siap bagitahu yang loji tu bukan macam Loji Asian Rare Earth (ARE) milik Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh yang katanya menyebabkan 6 orang kena lukimia sebelum diarahkan tutup.

Yang menambahkan kita musykilnya, kenapa perlu beri pelepasan cukai, sampai 12 tahun pulak tu. Dah la loji tu memang tinggi risiko, patutnya kerajaan kenakan bon jaminan tapi jadi terpaling hanjap pulak, cukai pun tak mau kutip.

Sebenarnya, kerajaan bersungguh-sungguh nak jugak bina logi tu bukan pasai apa. Sebabnya aku yakin semenjak dua menjak ni, pelaburan asing ke Pahang sangat rendah. Kalau tak percaya semua orang boleh semak.

Itulah sebabnya Pahang sanggup terima loji yang tempat lain tak mahu terima. Sampai sanggup memberikan pelepasan cukai sehingga 12 tahun.

Bila tengok angka pelaburan asing, adalah pertambahan RM700juta. Pasai tu jer sebenarnya. Kalau betul tujuan untuk menambah peluang pekerjaan, berapa sangat peluang pekerjaan kat loji tu. Pulak tu, sanggup kerajaan biar rakyat Pahang kerja kat tempat yang berisiko tinggi macam tu.

Lagi satu, cuba semak betul-betul Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd, tentu punya ada kroni kat belakang syarikat tu. Mereka ni bukannya peduli dengan nasib rakyat, lagi pun, lagi pun... mungkin lepas ni Pahang orang lain pulak perintah. Selagi boleh kaut, takkan puak-puak bermazhab Umno ni nak biar.

Lagi pun, bangunan dah mula buat dah pun, tentu punya paling kurang cengkeram dah dapat. Kalau berenti projek tu sapa nak bayar balik?

Sumber imej: FMT


SI TANGGANG - Dongeng Lagenda Masyarakat Melayu


Si Tanggang (ataupun “Si Tenggang”) adalah sebuah cerita dongeng atau cerita lagenda masyarakat Melayu. Ia mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhaka kepada ibunya, dan akhirnya bertukar menjadi batu setelah disumpah oleh si ibu dengan izin Tuhan.Dongeng ini dikenali juga dengan beberapa nama lain, antaranya Malin Kundang atau Malim Kundang (Minangkabau) dan Nakhoda Manis (Brunei). Masing-masing merupakan versi yang sedikit berbeza, tetapi memiliki isi cerita yang sama, iaitu balasan kepada manusia yang menderhakai ibunya.


Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tanggang. Antaranya ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia, dan Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat. Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat setempat, mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.
Serba sedikit mengenai cerita ini…

Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Pada suatu hari, ketika sudah dewasa, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya kerana itulah peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengan Si Tanggang kerana dia sangat rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkatnya. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Sultan amat menyukai akan Si Tanggang kerana bakat dan kepintarannya. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif lagi hina itu di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi Si Tanggang telah berbohong mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah lama meninggal dunia, disebabkan terlalu malu untuk menjelaskan asal usul dirinya itu.

Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap dan dengan cara yang tidak sepatutnya seorang anak lakukan terhadap orang tua. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru,

“Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampuni. Akan tetapi, penyesalannya itu sudah tidak berguna lagi. Segalanya sudah terlambat. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita Si Tanggang? Kedua orang tua kita seharusnya kita layan dengan baik. Walaupun mungkin mereka sudah tua dan miskin, janganlah kita memandang mereka dengan sebelah mata. Semasa kita masih bayi, kita telah dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang sehingga kita dewasa. Tanpa mereka mana mungkin kita boleh melihat dunia yang serba indah ini. Doa yang dilafazkan dari mereka penuh dengan keberkatan. Sayangilah mereka sementara mereka masih ada dan jika mereka sudah tiada, hadiahkanlah pahala untuk mereka. Semoga anak-anak kita juga akan mencontohi apa yang kita lakukan itu.