27 Januari, 2011

MACAM-MACAM (1) Rela terima anak, menantu

Rela terima anak, menantu

Harian Metro: 25 Januari 2011                                                         E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: “Sudah pasti saya akan menerima anak saya, walaupun sudah 10 tahun tak
bertemu. Malah, jika betul caranya, suami dia juga saya terima dengan reda...lebih-lebih lagi mereka
sudah memiliki tiga anak,” kata Abdul Latip Jamaludin, 55, penoreh getah yang kehilangan 
anak, Rohana, sejak sedekad lalu.
Semalam, Harian Metro melaporkan rintihan Rohana, 33, atau lebih mesra dipanggil Ana yang
mendakwa hidup melarat termasuk kerap menghadapi masalah untuk makan bersama tiga anaknya
sejak menyeludup masuk ke Indonesia pada tahun 2002 mengikuti seorang lelaki dinikahinya tanpa
pengetahuan keluarga.

Abdul Latip ketika ditemui, berkata walaupun sedih dan marah dengan tindakan anak sulungnya itu
berkahwin lari, namun dia menganggap perkara yang sudah berlaku elok diselesaikan secara baik.

“Hati ayah mana yang tidak sedih apabila diberitahu anak derita untuk meneruskan kelangsungan
hidup hinggakan makan pun terpaksa meminta sedekah jiran.

“Malah, selalu terngiang-ngiang rintihannya menerusi surat dibacakan anak saya yang lain (Abdul Latip
tak tahu membaca): ‘Ana amat berharap agar ayah dan emak dapat mengampunkan dosa Ana. Setiap
malam Ana menangisi nasib diri kerana hidup melarat di negeri orang dan berjauhan dengan keluarga.
Ana silap memilih nasib ini’.

“Hati saya memang tak dapat menahan sayu setiap kali mengenangkan nasibnya. Kini diberitakan dia
ada menghadapi masalah jantung pula, lagilah saya susah hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya,
di Kampung Gesir Ulu, Sungai Selisik, di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan