12 Januari, 2011

NASIHAT UNTUK ANAKKU (1)

DOAKU UNTUK KELUARGAKU (Daripada Seorang Bapa)
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagiMu ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini,
Solawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad SAW.


Ya Allah yang maha berkuasa,
Engkaulah Tuhan kami Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang lain yang wajib disembah selain Engkau,
Hanya kepadaMulah tempat kami berserah dan hanya kepadaMulah tempat kami memohon pertolongan,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah menjadikan diri kami sebagai salah seorang makhlukMu, menjadikan kami sebagai salah seorang hambaMu di dunia ini,
Kami amat bersyukur kepadaMu ya Allah kerana Engkau telah memberikan peluang kepada kami menghuni dunia ciptaanMu yang fana ini,


Ya Allah yang maha agung,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan kami rezeki yang halal,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan kami makan dan minum,
Kami amat bersyukur kepada Mu ya Allah kerana telah memberikan kami pakaian buat menutupi tubuh-tubuh kami serta memberikan kami tempat untuk kami berlindung daripada hujan dan panas,


Ya Allahu ya Robbi,
Aku amat bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan aku rezeki yang amat besar nilainya di dunia ini dan insyaallah di Akhirat jua;  iaitu seorang isteri dan anak-anak yang ramai.


Oleh itu ya Allah.......Aku mohon kepadaMu,
Limpahilah rahmat buat kami sekeluarga, 
Sayangilah kami dan muliakanlah diriku dan isteriku dan anak-anakku ini,
Kau berikan petunjuk kepada kami semua dalam menggapai rona hidup,
Kau berikanlah hidayah dan inayah sebagai ihsanMu kepada kami untuk memudahkan kami mendapat keredhaanMu.


Ya Allah yang Azzi,
Aku mohon kepadaMu,
Berkatilah segala usaha kami dalam meneruskan hidup dan dalam melayari bahtera di lautan kehidupan yang sentiasa bergelora ini. 
Limpahkanlah rezeki yang halal untuk kami sekeluarga, 
Sihatkanlah tubuh badan kami untuk memudahkan kami beribadat kepadaMu, 
Jauhkanlah kami daripada para pemfitnah dan daripada orang-orang yang hasad dengki serta iri hati kepada kami, 
Hindarkanlah kami daripada sebarang bentuk penganiayaan, penghinaan dan penipuan. 
Elakkan kami daripada melupai segala apa yang dipertanggungjawabkan kepada kami. 


Ya Allah Azza Wa Jalla,
Permudahkanlah bagi anak-anakku yang sedang belajar, mencari, menimba dan menerima ilmu yang dipelajarinya agar  mereka sentiasa memperolehi keputusan yang cemerlang,
Permudahkanlah bagi diriku, isteriku dan anak-anakku dalam mengerjakan solat serta lain-lain ibadah dan setiasa mengingatiMu setiap masa, 
Suburkanlah benih-benih keimanan di dalam dada-dada kami dengan rasa penuh keinsafan, kasih sayang serta sentiasa taqwa kepadaMu, 
Makbulkanlah segala hajat dan harapan serta doa dan cita-cita murni kami sekeluarga, 
Jadikanlah diriku dan isteriku serta anak-anakku ini sebagai salah seorang daripada hamba-hambaMu yang soleh dan solehah.
Tempatkanlah kami semua bersama hamba-hambaMu yang beriman dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka.
Amin ya robbal `a lamiiin.



Nasihat untuk anak-anakku


Wahai sekalian anak-anakku. 


Hormatilah kedua ibubapa kamu sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi besar kita Muhammad SAW. 

Dengarkanlah segala nasihat yang berguna yang keluar daripada mulut ibu bapamu.

Hormatilah juga guru2mu serta orang2 yang lebih tua daripada kamu.

Janganlah kamu menganiayai kaum wanita, kanak2 dan anak2 yatim kerana mereka adalah insan yang lemah yang perlu kamu lindungi.


Anak-anakku. 


Ikutilah segala nasihat yang lahir daripada dari mulut ayahmu ini.
Dampingilah orang-orang yang alim di antara kamu. 
Mintalah segala nasihat dan petunjuk daripada alim ulamak dan orang-orang yang berilmu.  
Hayatilah segala nasihat dan tunjuk ajar yang disemai oleh para gurumu semenjak dahulu hingga kini. 
Perhatikanlah segala nasihat yang diberikan oleh sanak saudaramu, sahabat karib dan handai taulanmu.  Selamilah segala nasihat berguna yang kamu perolehi untuk dijadikan panduan dan ikutan, contoh dan tauladan dalam menempuh hidup yang penuh onak dan duri ini. 
Sesuai dengan kata-kata orang tua; perkara yang baik jadikan tauladan, perkara yang buruk dijadikan sempadan.


Hidup umpama belayar dilautan, jika kita tidak ada halatuju, kita akan lebih mudah terumbang ambing dan hanyut ikut arus lautan dan ombak dan kemungkinan akan terdampar ke pulau yg kita tidak ingini. Akan tetapi jika kita punya hala tuju dan sentiasa "perhatikan" adakah kita dijalan yg betul dan benar (Ihdinassiro tolmustakiiim) maka kita akan lebih bersedia dengan ombak, arus dan badai yg menentang, akan tetapi percayalah, jika niat hidup kerana Allah tuhan sekalian alam (wamahyaya lillahirabbil alamin), kita akan dapati hidup adalah satu pelayaran yg mudah dan indah, badai yg sesekali melanda hanya akan dihadapi dengan senyuman kerana kita tahu Allah hanya menduga atau mehu kit mengikut jalan lain menuju kedestinasi yg kita ingini. Jika niat hidup kerana harta wang, pangkat dan kuasa maka jalannya amat sukar dan bersiap sedialah hidup dengan penuh onak dan ranjau.





سَل بَنى إِسرٰءيلَ كَم ءاتَينٰهُم مِن ءايَةٍ بَيِّنَةٍ ۗ وَمَن يُبَدِّل نِعمَةَ اللَّهِ مِن بَعدِ ما جاءَتهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ ﴿٢١١

زُيِّنَ لِلَّذينَ كَفَرُوا الحَيوٰةُ الدُّنيا وَيَسخَرونَ مِنَ الَّذينَ ءامَنوا ۘ وَالَّذينَ اتَّقَوا فَوقَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَاللَّهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ ﴿
٢١٢


Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

 [al-baqarah, 2:211-212]



  1. "KAMI telah mejadikan sebahagian besar Jin dan Manusia itu menjadi bahan bakar Neraka Jahanam, sebab mereka mempunyai HATI tetapi tidak gunakannya untuk mendapatkan pengertian, mempunyai MATA tetapi tidak digunakan untuk memeriksa dan mempunyai TELINGA tetapi tidak digunakan untuk mendengar. Mereka seperti binatang sahaja bahkan lebih sesat lagi.  Mereka itu pulalah orang-orang yang lalai.   (SURAH AL-A`ARAF: Ayat 179)
  2. To improve is to change, to be perfect is to change often ~ Winston Churchill. 
  3. "WAHAI anak kesayanganku, dirikanlah SEMBAHYANG, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".                       (SURAH LUQMAN: Ayat 17)
  4. You win not by chance but by preparation. ~ Kejayaan bukan kebetulan tetapi melalui perancangan dan persiapan yang dilakukan.
  5. MANUSIA tidak dapat mencapai peringkat kehambaan sebenar sehingga mereka mempunyai dua ciri: Pertama: Tidak bergantung harap pada orang lain ataupun pada apa yang ada pada orang lain.   Kedua:  Tidak ambil peduli dengan apa yang orang lain ada, iaitu tidak keluh kesah melihat kelebihan (material) orang lain. 
  6. Nothing is impossible to a willing heart. ~ Tiada yang mustahil bagi yang bersedia. 
  7. JIKA matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah~ LAO TZU 604-531SM. 
  8. Do what you can, with what you have, right where you are. 
  9. Carilah nasihat daripada orang yang memberitahu anda akan kebenaran tentang diri anda, walaupun ia melukakan ketika anda mendengarnya.  Pujian semata-mata tidak akan membawa kemajuan yang anda perlukan.
  10. Don't find fault, find a remedy. ~ Jangan menyalahkan sesiapa tetapi carilah penyelesaian. 
  11. "Adakah kamu menyuruh orang lain berbuat baik dan kamu lupa dirimu sendiri."     (SURAH AL-BAQARAH: Ayat 44) 
  12. "Tidak ada pemberian yang lebih utama daripada seorang bapa kepada anaknya kecuali pengajaran adab sopan yang baik". ~ MAKSUD HADIS.
  13. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dam kesengsaraan, serta digoncangkan (bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al-Baqarah: 214 )

    Persoalannya, adakah kita sudah merasainya? Adakah kita telah sampai ke tahap dicemuh dan dicaci? Atau diberikan ugutan-ugutan bunuh? Kita masih selamat dan diberikan ruangan yang sebaiknya untuk berdakwah. Malangnya, kita telah mensia-siakannya. Bahkan, apa yang menjadi kekhuatiran kita, segala kesenangan kita ini adalah disebabkan kita takut untuk menyatakan kebenaran dan hanya mengharapkan kata baik dari orang lain dan tidak berkata yang benar. 
    Kita berada di dalam bahaya jika itu benar. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;                                                                                                        
       "Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang
lain dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan