12 Januari, 2011

Soal APCO - Benarkah kerajaan tidak pernah berbohong?

Akuan bersumpah Robert M.Shrum yang menafikan sekeras-kerasnya penglibatan APCO dalam penjenamaan 1 Malaysia, media pantas menjatuhkan hukuman bersalah khususnya kepada Anwar Ibrahim yang telah membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat.

Manakala pimpinan negara bermula dengan PM, TPM dan yang seangkatan dengannya serta para pemimpin jaguh kampung (termasuk para pencacai UMNO tegal) saling saing menyaingi di antara satu sama lain mengulas isu berkenaan bagi membuktikan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat. Pemimpin UMNO/BN sentiasa beramanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Pemimpin Negara tidak akan sesekali cuba  menggadaikan maruah negara.

Tidak mengapa, anggaplah apa yang dikatakan itu adalah benar, tiada satu pun yang salah melainkan benar-benar belaka. APCO tidak langsung terlibat dengan idea 1 Malaysia sebab PM pun sendiri, (walaupun agak terlewat) menjelaskan 1 Malaysia adalah ideanya sendiri.



Debat terbuka di antara DS Anwar/DS Najib seperti mana yang diperkatakan sekarang paling sesuai diadakan pada masa ini.  Inilah peluang terbuka bagi kepimpinan DS Najib untuk 'menghancurkan' Pakatan Rakyat.  Debat tersebut hendaklah adakan secara terbuka dan disiarkan secara langsung untuk rakyat dapat menonton dan menilai hujah-hujah serta fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.  Inilah masa yang amat sesuai bagi DS Najib memalukan DS Anwar dan kepimpinan PR yang lain. Tetapi malangnya 'trend' kepimpinan UMNO-BN yang ada di bumi Malaysia setakat ini seumpama 'jaguh kampung' sahaja. Medan bersuara mereka hanyalah sehala, sebelah pihak di stesen televisyen RTM dan Media Prima, media-media cetak seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan di tempat-tempat merekalah 'raja'.
Sepatutnya kepimpinan UMNO terutama DS Najib tidak perlu merasa takut untuk berhadapan secara terbuka dengan Pakatan Rakyat. Rakyat pasti akan bersimpati kepada DS Najib/BN apabila melihat kerajaan yang ada kini ternyata telah difitnah. Pastinya pada PRU13 akan datang Pakatan Rakyat akan 'ditibai sehingga lunyai' oleh rakyat terbanyak.


Apa isu sebenarnya?

Satu persoalan sahaja yang ingin ditimbulkan, mengapa kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 77 juta untuk membayar konsortium APCO yang mempunyai hubungan secara langsung dengan regim Israel? Konsortium ini dipertanggungjawabkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi bagi membentuk imej pentadbiran PM.


DS Anwar dalam satu kenyataannya berkata isu ini merupakan bukti hipokritnya Umno/BN yang melabelkan dirinya sebagai agen Yahudi. Pada masa yang sama UMNO-BN tidak pula merasa bersalah apabila melantik agensi ini (APCO) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi bagi kepentingan dan kesinambungan politik mereka semata-mata.

Apakah memang benar Pakatan Rakyat sengaja mencari jalan untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO-BN dengan meledakkan isu-isu seperti ini semata-mata untuk meraih populariti? Bak kata pepatah Melayu... pokok takkan bergoyang kalau tiada angin?

Mungkin bukti-bukti ini boleh membantu anda mendapatkan jawapannya... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan