28 Januari, 2011

YAHUDI VS ISLAM: NEGARA ISRAEL ~ Mengapa bukan Birobidzhan?

NEGARA ISRAEL: Mengapa bukan Birobidzhan?

Harian Metro: 25 Januari 2011                                                                                E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel YA

ISRAEL membenarkan penduduknya terus menceroboh dan merampas lebih banyak tanah Arab di
Tebing Barat, Palestin. Tidak adakah sesuatu yang boleh boleh dilakukan bagi menghentikan keraku-
san dan keganasan mereka? Kekuatan Amerika Syarikat digabungkan dengan pengaruh Kesatuan
Eropah dan dunia Arab gagal mengekang perluasan wilayah Israel itu.

Kebanyakan Yahudi di Amerika, mengikut kajian pendapat, tidak gembira dengan apa yang sedang
berlaku. Bagaimanapun mereka tidak bermaya mengatasi kumpulan pendesak yang begitu kukuh
dalam mempengaruhi keputusan Kongres sejak puluhan tahun lalu.


Kumpulan pendesak itu akan memastikan program bantuan Amerika secara besar-besaran kepada
negara Yahudi itu diteruskan. Bantuan itu antara lain digunakan oleh rejim Israel untuk membina
jalan dan pertahanan untuk rakyatnya menceroboh lebih jauh ke dalam wilayah Palestin. Namun, jika
bantuan itu ditarik balik dan Amerika berhenti daripada menggunakan kuasa veto untuk menolak
ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam Israel, tidak ada apa yang
akan berubah.

Israel mempunyai kelebihan dan akan memastikan ia sentiasa berada di atas termasuk mengguna-
kan kekerasan. Ini dapat dilihat dengan ancamannya untuk mengebom loji nuklear Iran, tetapi
menangguhkannya selepas serangan siber terhadap program nuklear negara itu berjaya.

Pemimpin rejim Zionis sedar dengan kadar sekarang, pertumbuhan populasi masyarakat Arab di
kawasan yang dikuasai Israel akan mengatasi jumlah bangsa Yahudi. Ia akan menyebabkannya
menjadi sebuah negara aparteid seperti yang pernah terjadi di Afrika Selatan dengan kemungkinan
peningkatan dalam keganasan dalam lingkungan sempadannya sendiri hingga akhirnya terpaksa
akur dengan apa juga kehendak penduduk Palestin. Adakah kemungkinan perkara seperti itu boleh
dielakkan? Sebelum ini, ada tempat alternatif bagi bangsa Yahudi untuk membentuk negara mereka
sendiri. Beberapa pegawai Britain dan pemimpin Israel pada awal abad lalu beranggapan Uganda
dan Argentina sebagai antara tempat pilihan untuk negara bagi bangsa itu.

Ketika itu, sebelum undi diperakui, majoriti Yahudi memilih satu daripada dua negara itu daripada
terpaksa berdepan dengan tindakan mengusir bangsa Arab. Tidak seperti Zionis, mereka tidak
ghairah dengan idea ‘negara bertuah’ di bumi Arab. Dari semasa ke semasa, berlaku penganiayaan
dan kezaliman terhadap bangsa Yahudi di negara Kristian, tetapi tidak di negara Islam. Selama
beberapa kurun, jumlah mereka adalah kecil. Kebanyakan mereka berpuas hati dengan hidup di
merata-rata tempat.

Hanya selepas kemunculan Hitler dan bermulanya Holokus sejumlah besar Yahudi Eropah ber-
sungguh-sungguh mahu ke Palestin dan menyertai beberapa idealis Yahudi yang pernah menetap
di sana sebelum itu. Tanpa kebanjiran Yahudi Eropah itu, Israel tidak akan menjadi ancaman kepada
Arab Palestin seperti yang berlaku sekarang.

Secara umumnya, kebanyakan kaum Yahudi tidak percaya mereka disuruh oleh agama mereka
supaya menetap di Palestin. Dan bagi mereka yang berfikiran waras dan membaca teks purba
dengan perasaan terbuka, arahan awal oleh Nabi Musa a.s yang mendorong kaum Yahudi
meninggalkan Mesir, bukan satu sejarah yang mereka wajib ulangi. “Tuhan bercakap kepada Musa
dengan berkata: ‘Ganggu kaum Madyan (satu suku kaum yang menguasai semenanjung Arab) dan
serang mereka’.

Dengan berlandaskan arahan itu, Musa yang mengetuai pengikutnya memerangi satu demi satu
kaum yang menghalangnya, bukan saja mengarahkan semua lelaki dibunuh, tetapi juga kaum wanita
dan anak lelaki mereka. Kisah ini terkandung dalam kitab Zabur yang diguna pakai oleh kaum Yahudi.
Cerita mengenai penempatan pilihan di Uganda dan Argentina memang sudah diketahui secara
meluas. Apa yang kurang diketahui ialah pembentukan oleh pemerintah Soviet sebuah wilayah
autonomi Yahudi pada 1928 di BIROBIDZHAN yang terletak di Timur Jauh Soviet.

Ramai Yahudi Russia berpindah ke sana meskipun tidak ada paksaan untuk mereka berbuat
demikian. Beberapa kaum Yahudi dari luar negara juga mengambil kesempatan untuk menetap di situ.

Pada zaman Stalin , bangsa Yahudi diusir, dibunuh atau dihantar ke Siberia. Pada kemuncaknya, hanya
18,000 Yahudi tinggal di wilayah autonomi berkenaan, 16 peratus daripada populasi asalnya. Menjelang
2002, jumlah mereka menurun hingga 2,300. Bagaimanapun, hari ini, semakin ramai Yahudi kembali
memilih untuk menetap di wilayah itu. Beratus-ratus kaum Yahudi dari Israel juga berhijrah ke situ.

Di ibu negeri Birobidzhan terdapat 14 sekolah awam. Ia diwajibkan mengajar bahasa Yiddish dan
tradisi Yahudi. Begitu juga dengan universiti di wilayah itu.

Terdapat kumpulan sosial untuk golongan tua yang mengajar amalan agama Yahudi. Sebuah stesen
radio dan pawagam Yiddish juga wujud.

Di tengah bandar, terdapat satu tugu bagi memperingati Sholim Aleichman yang ceritanya mengenai ke-
hidupan di kampung Russia di Birobidzhan menjadi asas kepada drama muzikal ‘Fiddler on the Roof’.

Tidakkah Birobidzhan, Uganda atau Argentina yang jumlah penduduknya masih tidak padat menjadi
pilihan lebih baik untuk bina sebuah Israel? Di Uganda, ia mungkin bermakna rampasan terhadap tanah
milik petani. Di Argentina, pemimpin Zionis melepaskan peluang itu begitu saja. Tetapi tanggapan Israel
akan menguasai Palestin secara eksklusif juga semakin menjadi sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Siapa tahu, jika ditakdirkan Israel menyedari keadaan sebenarnya, Yahudi akan melihat Birobidzhan
dengan hati terbuka dan pandangan baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan